Lima Cawangan Maybank Mesra OKU

BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR 17th June – Dalam usaha menjadikan perkhidmatan perbankan lebih mesra pengguna khususnya kepada golongan orang kurang upaya (OKU), Maybank kini mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai kemudahan khas untuk kumpulan berkenaan di lima cawangan sedia adanya.

HONG TAT (dua dari kiri) melayan pelanggan OKU menggunakan mesin ATM di Taman Connaught, Kuala Lumpur semalam.

Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Perbankan Konsumer Maybank, Lim Hong Tat berkata, lima cawangan tersebut ialah di Taman Connaught di Cheras, cawangan utama Maybank Petaling Jaya di Selangor, Senawang di Negeri Sembilan, Sitiawan dan Lumut di Perak

“Antara kemudahan yang disediakan ialah kaunter khidmat pelanggan khas, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) yang lebih rendah kedudukannya, tanjakan (ramp), tempat letak kenderaan khas OKU serta pintu gelangsar automatik untuk ke mesin ATM dan CDM,” katanya.