CADANG WUJUDKAN PELAN INDUK AKSESIBILITI OKU

#BuletinBernama : Pelan Induk Aksesibiliti Orang Kelainan Upaya akan diwujudkan bagi meningkatkan aksesibiliti komuniti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan mengenai pelaksanaannya dipersetujui dalam mesyuarat sulung Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MBOKU) November tahun lalu.

Ia akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan akan datang.