Kenapa sediakan feeder bus jika boleh kerjasama dengan Grab? Soal Tony Pua

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan bekerjasama dengan syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing termasuk Grab sebagai alternatif kepada bas perantara sedia ada untuk pengguna MRT.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua mempersoalkan keperluan menyediakan bas perantara ke stesen MRT dalam era wujudnya pengusaha pengangkutan awam yang kini menggunakan teknologi digital dan boleh menawarkan perkhidmatan lebih murah.

 

“Mengapa perlu sediakan bas perantara kalau kita boleh bekerjasama dengan Grab untuk menghantar dan mengambil penumpang ke stesen MRT?” soalnya semasa program Malaysia, A New Dawn.

 

Tony Pua berkata lagi, pengangkutan awam jenis itu mengenakan harga berpatutan dan lebih murah daripada yang ditawarkan kerajaan dengan menyediakan bas perantara.

Untuk itu, katanya, kerajaan bersedia bekerjasama dengan mereka daam projek-projek terutamanya infrastruktur.

https://malaysiagazette.com/blog/2018/10/09/kenapa-sediakan-feeder-bus-jika-boleh-kerjasama-dengan-grab-soal-tony-pua/