Parkir Khas Hanya Untuk OKU Fizikal – Berita TV9

Isu perebutan hak istimewa parkir bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

Parkir OKU hanya dikhususkan untuk memudahkan individu yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal sahaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata golongan tersebut perlu mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum mendapat kelulusan menerima pelekat khas, keluaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).