KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya penguatkuasaan dilaksanakan terhadap individu yang menyalahgunakan kemudahan bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) diheret ke muka pengadilan, kata aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye.
Isu penyalahgunaan kemudahan golongan OKU bukanlah satu perkara baru malah ia sudah berlarutan untuk jangka masa yang lama.
“Walaupun pelbagai program dan kempen kesedaran dilaksanakan namun isu pencabulan hak OKU masih terus berlaku sehinggakan mereka yang sepatutnya menikmati kemudahan disediakan terpaksa bersusah payah.
“Antara pencabulan hak OKU yang kerap dipandang enteng oleh masyarakat adalah parkir kereta khas dan penjaja yang membuka jualan di kaki lima hingga menghalang golongan ini menggunakan kemudahan disediakan.
“Justeru, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pasukan penguat kuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya bukannya hanya menegur kesalahan berkenaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu penyalahgunaan kemudahan OKU yang dilaporkan Berita Harian (BH), hari ini.

Keratan akhbar isu penyalahgunaan kemudahan OKU yang dilaporkan Berita Harian (BH), hari ini.
Lam Thye berkata, beliau menyokong penuh cadangan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zulkifli Ismail yang mahu Akta OKU 2008 dipinda bagi membolehkan individu yang menyalahgunakan kemudahan golongan berkenaan didakwa.
“Saya kerap kali menerima pelbagai keluh kesah terutamanya daripada golongan OKU berhubung penyalahgunaan kemudahan mereka malah saya sendiri beberapa kali melihat perkara itu terutamanya kes parkir khas.
“Jika kita meneruskan dengan memberi teguran atau amaran perkara ini tidak akan diselesaikan melainkan dengan mendakwa pesalah supaya dapat memberi pendidikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan,” katanya.
Justeru, beliau turut menggesa Peguam Negara (AG) dan pegawai undang-undang kementerian dapat mengutamakan perkara ini sehingga dapat diusul dan dibahaskan di Dewan Rakyat secepat mungkin.
Bagaimanapun, Lam Thye turut berpendapat bahawa kempen kesedaran perlu diteruskan dengan membawa mesej menghormati hak OKU supaya masyarakat sedar betapa pentingnya isu ini terhadap golongan yang memerlukan.